Khamis, 27 Januari 2011

cErItA LaWaK DI pAgi ari


Tatacara Jawab Telefon Paling Kerek

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).
.
.
. 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
.
. 2. Soalan: haloo, siapa disana?
. Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
.
. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
.
. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
. Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
.
. 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
.
. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
.
. 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
.
. 9. Soalan: halloo... ...
. Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
.
. 10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
. Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
.
. 11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
.
. 12. Soalan: assalammualaikum...
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
. jawab)

hahahahahahhah haahahahahahhh...hahhahahaahhaahh...hahhhahahhaahaahhha......

 

Rabu, 26 Januari 2011

Mari Membaca Buku cerita (cerita 3)

Salam sume....

fara na share ngan korang sume this cerita from my kwn2 kat fb...maybe korang sume da bca n maybe ada yang belum...ape pun jemput lah kowang sume membaca cerita ini...sangat teruja saye membace nya...n terfikir alangkah indahnye kalu ia terjdi pd saye....klo korang na tau ape...silalah baca this en3 sampai kesudahannya...

waasalam from fara.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.


Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.


Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.


Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.


Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.


Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..


Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini); "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.


Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.


Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.

Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; 0"Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

" Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan "sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.


Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilaluinya. sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..
wallahu' alam..(*_ *)



Kad Bufday To Fara from Unit PU

Salam...kamo semuaaa...

heheheheh...fara na share ngan kamo sume tentang berbesar atie nye fara menerima kad bufday dari unit fara...tengs kawan2 sume yg bersusah payah dok bagi this kad...heeheheheh

 tengok shantek kan...kan...kan...hheheeh nampak softttt jeww...hahhahah 
to CIK FARAH NAJIAH BINTI AHMAD..

wishing you the happiest of birthdy...hhehehehh (OF COURSE) AHAKSSS...haaahahahh

muke appy dapat kad birthdy...hehheheheh
hati berbunge-bunge...hahhahahah

see u all "specially prepared for you by Unit PU...chewah kamo fara...hohohooho

So, fara decide meletakkn kad ni di sudut petisyen fara....
hye Goofy! hahahaahahh


heheheh...so tergantung lah kad tersebut di situ...heheeh

hah...dikesempatan ni jugak fara na ucap berbanyak-banyak terima kaseh yg tidak terhingga buat kawan2,famili n my love yang wish n post dlm my fb...sangat2 lah banyak tak henti2 nak menaip memblsnye...terase macam artis plak...kehkehkeh...tengs lah korang merealisasikan impian ku bergelar artis~bukan jutawan yah yg mcm iklan power root tu...hahhahah

fara doakan kalian sume dirahmati Allah,dimurahkan rezeki,panjng umo,diberkati Allah...aminnnnnnnn




Semoga Allah Mengampuni Segala Dosa-dosa kita Sejak Dari Lahir Hingga Ke Akhir Hayat Kawan-kawan..Aminnnnn


AZAB WANITA

Azab Bagi Wanita 
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan    
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....
                                                                    
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat        
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.  

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.  "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.  

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat  ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di  bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.  

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,          
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?                                                                                                 

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang  tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.  

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.  

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan  yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.                                                                                                 
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia  berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang  yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya  kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.                                                                 
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.                                                                                               
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya  seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan  yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.                                                                                     
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.   

                                                                    

Selasa, 25 Januari 2011

Budak Yang Lahir Pada 25.1.1989 Sudah Berumo 22 tahun awinieee...hahah

Salam kawan2....

heeheehh....saye jewww sebelum na balik ni fara na tunjuk kat kowang sume muke budak yg birthdy nye awini n dahhh berumo 22 tahun...hahahahahh


yaaaaaaaaaa saye lah tuuu "MAKHLUK JAAT"..hahaaah saye sudAH berangka 2 di depan dan di belakang...hhahah

saye memang suke tangkap gambar...peaceeeeeeee...hahaha
 
tawan-tawan cakap saye bermate besar @ bundar (yeakew bundar memandai je ko fara~ tapi bundar tu mcm mana klo kat mate????? kat nombor time belajar matematik tu tahu lah)....
besar ke mate saye kamo semua??? hahhahahhhh
 
 
berposing ala-ala malu bulu-bulu tucing...hahhahahahh

So...kamo dah beso yah fara...tahun depan umo meningkat lagi...tahun ni ape ko na gempakkan kehidupan kamo...hahhhah...heheheh wait n see u guyssss...ahhahahah

Port Luck Pu....24/1/2011

Salam u all...

Fara agak buzy tapi still na share en3 ngan korang sume bout Port Luck unit PU ni...haaa ntah ase mcm tak sempurne jeww kalo tak tulis dlm blog ni tentang aktiviti hari2 fara...ahaks! gedikws lah kamo fara...hahhahahh..

okey mari kitew tengok same2 mende lah cik Fara ni wat kat Port Luck Unit Pu semalam (24.1.2011)...hhhehehe

 ooooo...die menangkap pic makanan...yah pisang tu nampak sedap dan menawan...hahaahahahah

nampak nice jeww sume niee...yah sume dah dimakan fara semlam...hohhoo

sebab mengambil aura Tahun Baru China fara ni duk cari bakul n letak kan limau2 di dalam nye...

ni kawasan makanan2 berat~laksa + nc lemak + nc impit kuah kacang

hohoho...sempat si fara ni meng candit pic mereka2 ngah makan...time ni ngah jdi org pemantauan....yealah bagi jemputan2 dulo makan tuan umah makan karang2 ckit...hehhehh

nak cakap kat kowang ckit....pis2 roti john kat atas ni memang sedap...i loyke it..hahahahah

ni pown dah selesai dihadam fara...

okey sambil tu jamuan ni meraikan kakitangan kami yg nek pangkat (Cek Jaja~Tahniah p/s: bila na belanja kami makan...hahhah) n yg bertukar (Kak wawa pic kat atas tu~waaa sonoknye dpt adiah..heheh)

macam bese lah makhluk jaat ni memang salu ada lah bila last2 en3...hahhahh ni me n kak teh...eh kak hawa pown ada tapi mate jeww masuk...hahahahah...tapi bergaye sungguh curik2 masuk bergamba..shantek...hahah..YAH KAMI MEMANG SHANTEKK!!!....waaa...waaa

So,itu lerr aktiviti fara semalam...makan smpai konyang tak hengat...hahaahh..

len kali wat lagi yah boss...ahaks!Suke2



Untuk Kalian Yang Sudah Berumahtangga dan bakal2 na berumahtangga pown boleh laaa...uhuhu



WAHAI SUAMIKU......JUA ISTERIKU...

Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke... alam perkahwinan,
setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana
CINTA mereka telah berpadu dalam satu ikatan, tetapi
sebenarnya `cabaran-dugaan hidup' yang lebih mencabar sedang menanti...

Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan la menjamin kebahagiaan seseorang.

Sebaik selesai diijab qabulkan, di sini bermula `cabaran-dugaan-masalah'.
Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua,
tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...

Jangan menafikan ini semua!

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera mereka hingga ke akhir hayat...
Tidak kurang juga pasangan yang kecundang, karam dan lemas...
Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...

Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai penasihat...
Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana TERkadang, penasihat
juga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut.
Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...

Pendapat soul, (serlahkan pendapat anda juga), ` perkahwinan itu
sendiri' "mengambil masa" untuk `proses penyesuaian' antara lelaki dan wanita.'
Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kita katakan
kita sudah cukup kenal seseorang...

Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka
sebelum menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..."
Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.

Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau perkenalan...
Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal...

Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang bergolek...
Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...

Semuanya terletak kepada ANDA, `suami dan isteri', bagaimana
mengemudikan bahtera rumahtangga tersebut?

Setiap pasangan meng'impi'kan pasangan yang akan memenuhi naluri atau impian mereka.
Aku juga tidak terkecuali dengan impian itu...

Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, aku meng'angan'kan
suami yang BERIMAN, (bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akan
lahir la, bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa, tolak-
ansur, persefahaman, cemburu dan jenaka.)

Sebaik cincin disarung ke jari manisku, ingin saja aku berbisik kepadanya,

"Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia, semaikan keimanan
kepadaku dan anak-anak, bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan
persefahaman, belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit api
cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu..."

Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian...

Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan, " Aku mahu keluarga bahagia."

Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian,
rumahtangga bahagia `tidak wujud' hanya dengan kata-kata...
Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan...
Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...

Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu (teori).
Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan!

"Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal"

Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita aku dan aku
ingin merealisasikan sampai bila-bila...kerana aku berpendapat,
keharmonian itu bermula dari rumah...
"Rumahku, Syurgaku."

Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara, kekadang
bersopan-santun, kekadang tunjukkan ketegasan..

Ingatlah perpatah ini " LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS..."

Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana waja itu masih boleh di tempa...
Jangan kau jadi sekeras batu? kerana batu tidak mudah untuk dibentuk...
Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANmu...

Kebanyakan lelaki dambakan wanita `cerdik'...
Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas pertama..tetapi cerdik
untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran rumahtangga...
Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam kebuntuan...
Cerdik mendidik anak-anak,
Cerdik dalam `argument' dan lojik?.
Jangan hanya jadi `pak turut'?

Wanita pula dambakan lelaki yang ` alert'...
Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap...
Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah...
Jangan biarkan masalah menjadi `api dalam sekam...'
Bila parah, baru hendak bertindak...Saat itu mungkin sudah TERlambat,
kerana `sekam' telah menjadi abu dan tidak dapat diperbetulkan lagi keadaan...

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidak menyekutui Allah dan RasulNya...
Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan engkau menyusahkan
isterimu, selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu, Allah dan RasulNya...

`Beriman dan bertanggungjawab' memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga...
Dan, jangan sesekali menuntut "suami" sahaja, atau "isteri" sahaja memainkan peranan...
Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak..."suami-isteri."

Itu la taarif "perkongsian hidup"...Peranan kedua-dua.
"Kongsi kasih sayang, tanggungjawab, kesetiaan dan seribu macam yang berkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama `suami dan isteri...'

`Teori' jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita...
TETAPI kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB masing-masing...
(`menunjukkan' di sini bukan bermaksud untuk dibangga-banggakan
TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL)

Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang.
Isteri WAJIB beri peringatan...
Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka...

Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri, jangan sesekali
gentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami...
Biar dia marah kita, katakan, `Allah lebih marah perbuatanmu...'
Dan, katakan `kita hanya takut kepada kemurkaan Allah...'
Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan
ber'terima kasih' kerana menyedarkanya dari kelalaian itu...
Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan...Biarkan dia berbantah...
Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai isteri untuk memberi peringatan telah kita laksanakan...

Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu
dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, engkau akan dipersoal terhadap kepimpinanmu?"

Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas rumahtangga dan
mereka perlu "berganding bahu" dengan utuh untuk membentuk `keluarga bahagia...'
Jangan sesekali `suami' menunding kepada `isteri' atau `isteri'
menunding kepada `suami' bila berlaku atau terjadi kesilapan dan
kelalaian, kerana jika salah seorang mereka `sedar' terjadi kelalaian
tersebut, kenapa tidak `diberi peringatan' kepada pasangan kita?

Manusia sentiasa alpa...

Di sini ilmu amat penting...
Didik dengan lemah-lembut, tetapi `tegas' atau 'keraskan' suaramu
jika terdapat KEDEGILAN di situ...
Jangan biarkan `dia' mempermainkan perintah Allah SWT!

Alam perkahwinan itu `amat manis'...semanis berbulan madu, tetapi
menjadi `amat pahit'...sepahit hempedu, jika pasangan tidak memainkan
peranan yang sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan oleh RasulNya...

Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah
yang `perfect'...tetapi memadai, "tanggungjawab" kita tunaikan sebaik
mungkin untuk pasangan kita dan anak-anak...

Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..HAK isteri dan HAK suami...

Dan pesanan terakhir, "Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum
berdamai, kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak
merehatkan rohani dan jasmani? Dan lagi, bimbang kekalau di takdirkan
Allah...pasangan anda meninggal dalam tidur...kot-kot anda menghadapi
tekanan jiwa yang teruk pulak..."


Isnin, 24 Januari 2011

View d'Putrajaya

Salam sumeee....

awini fara juz na tunjuk kat kowang view2 sekitar Putrajaya....ohohohohoho (ini mesti ko tarak keje yaa fara) uhuhuhuhu pis2 jgn beritau owang...nti i kantoi...hahahha

meh2 folo saye meh
uuuuuuuuuuuuu...cantek tak tawan2..pandai owang yg tangkap gambar ni....terima kasih fara....hohoho...haha
 
ni pic star cruise...bila lerrr ako nak nek dari sehari ke sehari na nek...huuhhuu tgk jew die lalu

okey ini jambatan putra yeaa kawan2...ni lah salu fara lalu na g koje....


ini bangunan Jabatan Perdana Menteri kalo kami owang putrajya panggl JPM jeeeee....ni bangunan terkenal gak kalo di Putrajya satu lagi masjid Putra.Bangunan JPM ni dekat lah ngan masjid putra tu,ramai pelancong n mereka2 yg wat rombongan akan singgah di sini

Jom na tunjuk kat korang sume my pejabat...di Presint 2 yah tawan2


ini signboard ke my opizzz....KEMENTERIAN KEWANGAN

 okey ni lah die upe nye my pejabat... Pejabat Kementerian Kewangan Malaysia...

okey kamo semua nanti fara upload n cite agi tentang view2 di putrajya ni okey...sekarang fara na g buat koje...salam bye u all...


Jodoh Allah Yang Tentukan

Salam u all sume....

Fara na kongsi dgn u all tentang jodoh....tau2...So kamo semua renung-renungkan dan selamat beramal...hoohohohoho

Jodoh terbahagi kpd 3, iaitu :

1) JODOH DARI SYAITAN :
Iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. apabila si perempuan tadi mengandung,barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN:
Iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya. lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH:
Iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. perempuan tadi menerimanya. mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. bercinta sampai ke syurga..itulah syurga cinta..tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan..

Sem0ga diri ini bertemu j0d0h dari ALLAH..j0d0h yang membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat..insyaALLAH ...aminnnnnnnnn

P/S:JODOH ITU ADALAH RAHSIA ALLAH...
       KITA SEBAGAI UMATNYA HANYA MAMPU MERANCANG..... 


Ahad, 23 Januari 2011

feberet player badmintion fara...waaa..waaa..waaa

salam kamo semua....

first sekali na ucap tahniah pd Datuk Lee Chong Wei yg sekarang maybe still dlm flight na ke Seoul,Korea ats kemenangan beliau petang tdi dlm game terbuka Malaysia berentap ngan my feberet plyer badminton gak Taufik Hidayat...dan beliau telah menjadi juara buat kali ke 7 dlm terbuka Malaysia ni you all...uuuu tahniah2 saye tumpang gumbira sebab Saya Anak Malaysia....Saya Anak Malaysia....huuhuhu

okey2..meh2 tgk player kesukaan saye sejak dulooo agi....hahahh (sejak mereka maseh solo lagi dan saye pown time tu solo agi....ceh!) hahhhahaha....lantak lah kau fara....hahhha



SAYE SUKE MEREKA BERTIGA!!!!!! SERIUS TAK TIPOOO...HAAHAHAHAHH


LEE DAN,LEE CHONG WEI & TAUFIK HIDAYAT...haaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!Pengsan

hahahhhaah....mesti duk tercongok lah depan tv tu kalo diorg main nth leee kuat bebenor aura mereka bertiga ni....hahahahahaahhh

okey2 kamo semua..jangan lerr kita berangan terlebey(terutama si Fara) pd diorg ni sebab hati mereka sudah dimiliki..waaaaaaaaaa   hhhahahahaah...So Fara na share le ngan korang sume buah hati pegarang jantung mereka bertiga ni....JOM CEKIDAUD...

okey ni Lin Dan n girlfwennyee
hohoohoo makwe Lin Dan pown player badminton gak bese lee msti terpikat time traning ni...waaa.waaa ko pandai jee fara mereka cite...hahhahah
time sambut birthdy..alololo

haaaaa ini memang sweet seyes fara cakap...hahhah


okey yang ni Datuk Lee Chong Wei ngan girlfwen die..haaa mengikut jejak langkah Lin Dan, awek pown player badminton...hoohooh..okey lah tu...senang hahahah
haaa yg ni pulak happy famili Taufik Hidayat,wife n his baby...alololo tomeiii nyeee..
wife Taufik Hidayat comeyyyy kann....hehehhe
ni mesti candid niii...hehhhehe
alololo dah besar daa bby gurlz Taufik Hidayat n wife

wife n ank Taufik Hidayat..

okey u all mereka sume daa berpunyeee...hahhahh jadi sume jgn gigit jari teruskan menyokong arena badminton okey...hahhaha 
p/s: Majulah Sukan Untuk Negara....hahahahahhah

Sabtu, 22 Januari 2011

karoukkk wif kak syu di kotak merah

Salam..sume....

waaaaaaaa awini sye appy gilew + letih = tapi fun...ahhhhahahh..
arini misi sye n roomate(kak syu) test vocal di kotak mewrah.......kaukuakuaakua....So...malas sye na cite panjang2 u all tgk jelah pic2 yg berjaya di capture fara n gelegat this mahkluk...hahahahhah
(p/s:jangan jelez....hahhah kamo owang boleh pergi jugak)

bangun pagi2 n terus ke putrajaya sentral n take this bus na pergi ke destinasi yg ingin dituju...

okey tawan2 ini ler destinasi yg dituju fara n kak syu untuk melunaskan hasrat di ati (kAROK leerr) hheheh..nampak tak murid2 IOI MALL okey...hahhhah

sebelum berkarok kami (perempuan) melunaskan tanggungjawab iaitu bershoppng di situ...waaaaa baju die manyak shantek n murah2...tapi murah2 ko beli banyak2 fara last2 jadi mahal...tak2 i beli 2 pasang jee baju...hahhhahahahahh 

pas daa puas meronde n bershop-shop ckit2 kami pown terus kn perjalanan ke "KOTAK MERAH" huhhuhuuhuhu....akhirnye sampai....waaa....waa....waaa...

terus ke kaunter die n kak syu pot...pet...pot..pet ngan kakak cina tu then trus die bwk kami masuk bilik no 20...wei bilik karok okey kalian...hahhah..pastu kami letak barang n ambik makanan

okey itu makanan yg diambik cik fara ni...serius roti bulat tu SEDAP!!!!!! waaaa
sambil makan2 kami karok2 ler kak syu memulakan langkah sebagai anak seni sementara...hahahh

nanti...nanti korang posing dulo...POSING ITU PERLU....hahhahahahahah

hoohohhhohohooho......ayu ajew mereka....kuaaa...kuaaa...kuaaa

seperti yang diperkatakan tadi lady pink first! ahakss...

kak syu dok menyanyi saye dok berposing leeee.....hahhahah

i loyke this pic....separuh maaaa...

tibe waktu saye menyumbangkan lagooo penyanyi asal....hhhhaha cepat fara pilih lagu ape ko na nyanyi...hahhhahahah (ceh tak gune makhluk jaat remote die control...hahahh)

semangat berkarok

kami memekik memang bez sambil menjamu selera....uuuuuu

pissss2.....na cakap kat korung sume air di atas sangat leeee sedap 'SOUR PLUM'

jemput makan yah kamo semuaa....

sambung berkarok...ini turn kak syu menyanyi

saye pulak maseh dalam mood berposing sakan..hahahahah
ini turn saye nyanyi tapi still na menangkap gambo....haaa lantak leee ko fara (ini pic tercomey dari kami)hahahahahhahahahahahah
kami berduet/berduit...gagagagagagagagag....yekeww ujung bulan pokai....hahhaahhaahahahhaaha

kami berduet lagi tapi si fara ni tetap dogil na mengambil gambr...hahahhaah

so itu saje aktiviti fara di ujung minggu ari sbtu 22.1.11 ni okeyyyy(saye tak selalubegini~pengakuan jujur) hahhhahha....kami balik ke rumah ngan perasaan yg gumbira disamping ditemani deruan air ujan (adakah ini gara2 kami berkarok turun nyee ujan....
OH TIDAK!!!!!!!!! memang nak ujan kowt/ stament membela diri ....) hahhaahahahahahahh

okey fwen sekian n salam